Wednesday, January 09, 2019

Basic rules when sharing house!

9th January 2019

Hi! So how's your January everyone? 
I hope everything is in a good condition. 
InsyaAllah


So harini nak bagi common rules bila you rent a room and share the house with other people. Especially bila kita sewa dekat rumah yang jiran jiran semua family. 

Okay lets start! 


BASIC RULES BILA SEWA RUMAH:

1 - Know your space

Bila menyewa rumah tak kesah la dengan member ke dengan stranger ke, please know your space. Jangan la ambik semua space yang ada kat rumah tu. Contohnya, dalam satu bilik you share 4 orang, okay then jangan la makan space sampai half of the rooms just for your things. Even kalau you nampak orang tu tak banyak barang pun, activate la siap siap your common sense. Mana lah tahu dia memang saja save some space untuk letak barang dia later on ke. Takpun,you tanya dulu tenant lain, "is it ok if i put my things here?"  PLEASE ASK!

And then bahagian dapur, kalau you sejenis memasak, please beli barang basah yang nak letak dalam peti tu just untuk a week. Jangan la beli macam you nak buat stok setahun. Peti ais tu kecik je wei, standard owner rumah takkan bagi peti ais besar besar macam kat rumah you so please, beli barang sikit sikit. Tolong fikir orang lain jugak. Ini tak, dekat peti atas tu semua frozen food dia je sampai penuh. Orang lain nganga je la, nak letak pun tak boleh dah. Annoying tau tak?

Dalam toilet yang sharing pun sama, tau lah you jenis kaya beli macam macam shampoo, body shampoo, but please la, orang lain pun nak letak jugak barang dia so please bawak otak sekali kay bila masuk toilet.

2 - Jaga kebersihan

This one la kan ya Allah i stress gila. Guys i tell you, jangan tengok orang tu cantik make up tebal 14" kat luaran terus you nak jatuh cinta. Seriously, kalau nak jatuh cinta, please check background. Setakat ni yang cantik cantik keluar rumah dengan perfume setengah botol dia spray tu sejenis tak reti jaga kebersihan 😂

If you share the toilet with another room, lepas guna toilet tolong la bersihkan lantai toilet, toilet bowl, and you tak tinggalkan apa apa yang tak sepatutnya. And most important thing, tolong la flush after use the toilet, susah ke nak flush? Ya Allah kalau itu pun susah i tak tau nak cakap apa.

Kalau you jenis masak, lepas masak, tolong kemas dapur basah, dapur kering, sinki, atas lantai. Lepastu dekat corong air turun kat sinki tu jangan bagi ada sampah, kalau tak cemana air nak turun? Lama lama nanti sisa makanan tu block the ways, then air takboleh turun. Tu lagi susah tau. Minyak yang dah lama guna jangan buang dalam sinki. Kat daiso kot ada jual yang benda untuk bekukan minyak tu. Haa guna lah yang tu. Kalau you beli lauk basah contohnya ikan, ayam, udang, sotong ke apa kan, bila dah siap potong potong semua tu, sisa dia jangan biar dalam tong sampah dalam rumah for days. A BIG NO. Benda tu pagi you buang, malam pun dah boleh start bau busuk. Nanti datang la segala keturunan lalat. So please, buang siap siap lepas dah potong ayam tu. 

Pinggan mangkuk lepas dah guna, jangan biar je dalam sinki lama lama, percayalah cakap aku, sekejap je korang tinggal, lalat confirm datang. I really hate lalat okay haha thats why I said please la avoid benda benda yang boleh invite diorang datang masuk dalam rumah you. 

Macam for living room, its a public space. For all. Tapi tengok la, kalau you je yang duduk situ, bawak bawak la ringan tulang sikit nak sapu sampah once a week, mop ke once in a fortnight. Sebab i know that you know siapa paling selalu duduk dekat living room. 

Misal kata kalau you ni sejenis letak baju kotor kat luar bilik, okay maybe dalam bilik you dah tak muat, its okay to put it outside your room, tapi please la beli laundry basket yang ada penutup so that bau from you dirty laundry tu tak buat orang rasa mual. Kalau beli laundry basket yang bertutup, nak biar sampai sebulan pun suka hati you lah. Asalkan tak cemarkan bau dalam rumah.

Ok proceed to another point.

3 - Please ask permissions kalau nak bawak kawan or parents or siblings

Okay please bear in your mind that itu rumah sewa which is rumah yang kita share ramai ramai. Bukan rumah you sorang. So kalau nak bawak kawan ke family ke adik beradik ke atuk nenek pakcik makcik ke, please tanya housemates yang lain boleh ke tak. This is a common sense okay. Sebab bila you bawak kawan, mulalah perangai terjerit jerit gelak kuat kuat sembang macam nak pecah rumah keluar kan. Kalau you menyewa dengan member you je semua, i think that is okay. Tapi kalau dengan orang lain, please respect them. Yes, you bayar sewa, BUT REMEMBER diorang pun bayar sewa. So tak salah kalau you tanya dulu. Ask permission from them. It shows that you have a good attitude.

And bila orang dah bagi greenlight, jangan terlalu bising. Orang lain pun nak buat kerja, so please, respect them. Kalau rasa susah sangat nak control taknak bagi bising tu, jangan bawak diorang datang rumah, go find and rent another house with your friends je and live as how you like. That's the only solution.

4 - Jimat elektrik and air

Bil elektrik, bil air semua kita bahagi sama rata, so mainkan peranan masing masing untuk berjimat. Ini tak, sana sini pergi bukak lampu, dah bukak lampu bawah, naik atas tinggal camtu je. Membazir wei, sebab kita tak guna, and semua student. I know you are struggling with financial, so pandai pandai lah berjimat.

5 - Jangan tinggal makanan bawah tudung saji for days

Ergh this one la kan,i sumpah stress gila. Kalau rasa dah takmau makan and sayang lagi makanan tu, letak la dalam peti, esok panaskan. Jangan just tinggalkan atas meja makan for days and then bau makanan basi tu satu rumah merebak. Kembang tekak tau? Tak pun kalau memang tak mau makan dah, buang je la siap siap. Makanan basi ni faham je la bau dia cemana lagi lagi makanan yang bersantan, cepat je basi. Dah buang dalam tong sampah tu, ha jangan biar camtu pulak. Ikat plastik tu, pastu pergi buang dekat tong sampah besar depan rumah.


6 -  JANGAN SESUKA HATI BAWAK LELAKI MASUK RUMAH

Why do i caps lock this? Because i wanna highlight this one rule. I tak kesah la kawan ke boyfriend ke, but please please please gunakan otak. Yes, i am an open minded person tapi bawak lelaki masuk rumah sewa lagi lagi time your housemate sorang pun takde dalam rumah is so disgusting dan tak bermoral. What were you thinking? I tak faham you nak buat apa sebenarnya. Kita ni duduk rumah sewa confirm ada jiran jiran, and mostly will be family. Tak manis sangat kalau jiran nampak you bawak lelaki masuk rumah. Kalau nak discuss apa apa, you can just discuss about that dekat luar. Why kena dekat dalam? You tahu kan bila berdua akan ada yang ketiga? Kalau student Puncak Alam ada rasa nak try buat camtu, please forget it. Malu je you dapat nanti haha. 

Kalau tak kahwin, buat cara macam tak kahwin lagi. Okay? Jumpa and lepak dekat open space je. Jaga la diri elok elok, you rasa kalau you bagi je apa yang lelaki tu nak before kahwin boleh buat dia stay dengan you sampai bila bila ke? Kalau you fikir camtu, fikir balik kenapa istilah curang masih wujud. Macam i pernah cakap, open minded cemana pun, benda haram still haram. I cannot say yes to that. See, segala ustazah dalam diri i dah keluar. Sorry la 2019 ni i islamik sikit hahahahahahahhaaha. 

Girls please, jaga maruah kita elok elok 💜


Okay i tahu this post macam berbaur kemarahan hahahahahahahhaa, but seriously, this is the basic rule that you need to know. Kalau you jenis nak ikut kepala you je, better sewa rumah sorang je kot. Kesian orang lain kena deal dengan orang macam you. 



Bila dah cakap duduk serumah ramai ramai ni, tolong lah jangan tinggal otak. 
Bawak otak tu pergi mana mana. Dah bawak otak tu, jangan letak kat lutut pulak. 


And for those yang tengah endure the pain of having stupid housemates,
it's okay baby, we can do this! ❤



Pen off,
Lady Syikin